Sunday, September 21, 2008

kisah cinta jin online.

hayatilah isi kandungan surat ini meminum segelas teh tarik n sekeping biskut 'meri' yang dah masuk hangin bgi yang tak berpose tuh....
INI SEKADAR GURAUAN n bleh juga diambil untuk dijadikan pengajaran.......
kelukaan yang amat dalam sehingga mampu menghasilkan bicara penuh syahdu...

dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpah cahaya di bawah kaki langit CRONUS, tiba-tiba aku terkenangkan eurika cinta lama yang kita palitkan berdua, kehadiranmu bersama molekul molekul hidrogen menerjang segala kekusutan menerjah tali perurku.
dan kehadiran itu mengajar aku erti ridu gelora dan syahdu. kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. kala itu kita bagaikan nobita dan sizuka. kau dan aku umpama kurt kobain dan rafeah buang yang tak dapat dipisahkan. malangnya percintaan yang mendapat liputan melus hingga ke Icyland itu telah mengundang perpisahan terasing yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak 'orc' di F4. kau pergi jua ketika 'crimsons exiles' bersiap-sedia untuk menjadi tuan rumah legion war minggu yang lepas. sesungguhnya perpisahan terasing itu berpunca dari penebangan pokok balak yang berleluasa di lembah CRONUS. pemergianmu menyebabkan aku mengidap penyakit resdung dan hepatitis-B secara mengejut. ketiadaanmu memaksa aku memakai elf-helmet setiap asa sebagai langkah keselamatan. aku seperti tidak percaya pada apa yang telah terjadi. aku bagaikan tegelincir dari orbit teleport dan terpelnting ke angkasa raya, apabila daya tarikan teleport terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan sehingga ke lava forest. seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap bagaikan terperangkap dalam lombong kalium nitrat di utara CRONUS dan ditemani staglatit dan staglamit yang bagaikan sembilu. kondominium cinta yang kita bina dari madgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. ternyata sikapmu mulai berubah setelah jin online melancarkan server baru di kuala terengganu. sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan ku. akhirnya aku menyedari diri ini tidak diperlukan lagi. sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan mage-tinna untuk mengisi masa lapang. kadang-kadang aku mengikat botol oren di leher saphire dino dan snow raptor untuk kelihatan lebih cantik. saban hari aku termenung dalam training ground mengenangkan dirimu yang hilang entah kemana oleh arus teleport. aku cuba bermain jin online sambil makan mee hailam untuk melupakan mu, tapi aku tak berdaya. lalu aku compose semua jin dan membunuh 4 ahli perak city sebagai tanda aku tak bersalah.
mengapa? mengapa sayang? mengapa semua ini bisa terjadi? mengapa setelah engkau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga aku terbunuh dalam family war yang ngeri. aku bagaikan terhimpit dan di himpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan dibelakang aku. derita yang engkau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk aku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor big fang dan 379 ekor anak wyvern..
ohhhh.. terlalu berat dugaan yang kutempuhi. kini seglnya telah berakhir. aku sedar siapa aku, aku hanya insan biasa yng suka makam mee segera. aku bukan joans, angelina atau anna di market. aku juga bukan lah eudemondiana seperti yang engkau idam-idamkan. aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. tak perlu dikesali kerana telur sudah menjadi universalo dan staff hebat yang kugenggam telah pun tercabut soketnya.
segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberian mu termasuk sebuah enjin kapal selam telah ku cincang untuk ditukar kepada eudemon crystal. walaupun segalanya telah pun berakhir. disini, di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. selagi ader HP ini, selagi ada gerai 74 di market, selagi kumpulan metallica tidak berpcah, aku tetap menunggumu sehingga matahri terbelah lapan. namun aku menyedari penantianku sia-sia belaka. akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik depan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanty aku poskan padamu, nak tak???

*surat dri orang yang sakit mentalnya setelah di PK enemy, kini dia ditempat kan dipenjara kerana membunuh terlalu ramai orang*